Sabtu, Oktober 25

Otai

sekarang tempat kerja aku tak cukup graphic designer sejak achid cuti bersalin. 3 bulan tuh. bos aku dah pening dah. yela job memang berlambak. pastuh satu-satu kerja tak yang killer plak kan. annual report la, diary la. satu annual report at least 200-300 pages. kalau flow text takpe ar gak ni setiap page ada chart ngan jadual. boleh sewel ngadap tuh hari2. kena plak tang page yang banyak nombor. lgla.

memangdangkan keadaan di atas so bos aku telah mengambil keputusan yang agak drastik dengan mengimport seorang otai punya designer. nama dia abang man umur dah dekat 40. dia dah kerja lebih 5 syarikat graphic. yang menarik pasal lelaki ni bila dia citer pengalaman dia mula2 dia belajar dlu sebelum jadi designer.

dia cakap masa dia mula belajar dlu tak silap aku tahun 90an camtu dorang pakai mac hitam putih jer. kecik jer skrin dia. pastu kalau nak print something yang berkaler. kena print dlu hitam putith pastu kena kaler manual. fuh seksa beb. sekarang senang jer. kaler leh fill camtu jer. pastu printer nowdays pon makin canggih. time tuh dia cakap software yang dia pakai photoshop 3. macam mana la agaknya eh. aku paling low aku penah pakai pon photoshop 6. tuh pon function dia takleh blah sgt.

then, kalu wat mag or pape masa tuh pakai pagemaker je. takde lagi quark or indesign. kalau nak pakai pagemaker leceh sikit sebab tak bleh nak design dalam tuh terus. kena wat pakai illustrator or photoshop dlu baru leh transfer dalam tuh. tuh yang jadi berat file tuh. kalau sekarang pakai indesign senang sikit bleh design dalam tuh terus. dia penah citer dlu member ofis dia penah benti kerja gara-gara pagemaker ni. mana taknya katakan la ko dah wat 100 or 200 pages pastuh tetibe file pagemaker xleh buka sebab corupt xnages ko nak wt balik. huhu. kalau macam dalam indesign dia dah ada satu backup.

bila dia citer camtuh buat aku trasa bersyukur gak hidup dalam era sekrang. senang ar skit daripada dlu. bro ni ok. aku lepak sebelah dia macam2 dia cite. dari personal sampai la pasal kerja. pastu tak loket ilmu. maklumlah nak compare umur and pengalaman aku ngn dia sapa la aku ni. so beberapa hari ni dia lepak ofis aku untuk siapkan annual report kementerian kesihatan tak silap aku.

Tiada ulasan: