kadang-kadang susah sangat nak faham isi hati seorang perempuan. terlalu kompleks. kenapa perlu berjanji kalau akhirnya mahu dimungkiri. kenapa perlu beri setinggi harapan kalau tidak mampu kotakan. katakan benda yang anda betul-betul maksudkan semua orang akan gembira.
aku pernah berbual dengan seorang rakan tentang perempuan. aku beritahu dia betul tak kalau aku katakan perempuan ini hati dia senang sangat berubah. hari ini dia boleh katakan yang dia sayang kamu esok dia boleh katakan sebaliknya. mudahkan bagi perempuan dan rakan aku itu mengiyakan. rakan aku ini seorang perempuan yang mungkin agak berpengalaman dalam perhubungan memandangkan pengalaman dan bilangan bekas-bekas boyfriend beliau.
dan beberapa hari yang lepas aku ada berbual dengan seseorang yang agak matang dan berusia serta mempunyai banyak pengalaman hidup. dan beliau juga telah berkahwin dan mempunyai anak. aku tanya dia pasal perempuan melayu. dan dia beritahu perempuan melayu ini suka cakap belit-belit. susah untuk dipercayai. ini berdasarkan pengalamannya berkawan dengan perempuan dari luar negara. katanya perempuan asing ini lebih direct bila bercakap dan mereka jujur serta berfikiran terbuka. dan perempuan melayu sebaliknya.
mengikut pengalaman aku sendiri aku pernah berkawan dengan beberapa orang rakan yang telah dibesarkan di oversea ternyata mereka lebih bersifat terbuka dan jujur. mereka akan berterus terang dan cakap straight forward kalau ada apa-apa tidak perlu kita paksa atau minta. ini seperti sifat mereka memang macam itu.
ada seorang rakan perempuan aku dulu yang aku agak rapat. tidak silap aku dia kacukan indian-malay-autralian-chinese. memang cantik orangnya. selama aku berkawan dengan dia memang aku boleh rasa dia memang jujur dan berterus terang dan aku rasa itu perlu dalam hubungan atau masyarakat untuk menjadikan hubungan atau masyarakat lebih efisyen. kita boleh rasa keterbukaan sifat dia. itu sangat penting bagi pendapat aku.
Anime City Backgrounds Wallpapers
3 tahun yang lalu
4 ulasan:
mungkin ya perempuan di malaysia macam tu.
....
hurm taknak ckp dah. nanti mcm kutuk malaysia(walau hakikatnye ya)
haha...taw xpe...usia makin meningkat...camno la den nak kawin ni. hehe
HUrmmm...
pandangan ko aku setuju!
tp kena ingat, lelaki juga ada yang macam tu. Bukan aku nak sokong mana2 pihak, cuma ini hakikat (berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku)
bg aku, apa yg penting dalam perhubungan, ialah "loyal".
haihh, nak jer aku ulas panjang2 tp aku tgh kerja ni, nanti laa..mybe aku akan tulis kt blog aku nanti ulasan nyer..hehe, tajuk ni amat menarik untuk di bincangkan..hurmmm
aku taw tuh. yup. loyalty. mmg susah nk cari org yg ada sifat ini nowdays. sume byk yg bersifat plastik semata-mata.
Catat Ulasan