Rabu, Mei 20

Happy birthday

Hari ni genap lah usia aku 20 an. 20 apa? 20 an. Sometimes bila difikir balik apa yang telah aku achieve dalam 2o tahun lebih ni boleh wat aku cuak gak. Bila fikir balik aku pun tataw apa yang telah aku achieve. Tapi yang pasti duit mak ayah aku dah banyak dah abis kat aku. Dari aku kecik sampai lah sekarang. Tapi satu menatang pun tak nampak hasilnya. Itu buat aku muhasabah dan muhasarawak seketika. Apalah tujuan sebenarnya aku hidup kat dunia ni kalau setakat nak menghabeskan beras dan wet mak bapak kan.

Dalam tempoh hidup aku. Kadang2 aku rasa macam dalam pelarian. Pelarian dalam diri aku sendiri. Aku masih tak pasti apa yang aku nak dan apa aku patut wat dengan hidup aku. Susah bila jadi orang yang tak pasti ni. Aku tengok kawan2 aku kebanyakkan mereka dah bekerja. Ada yang dah boleh beli kereta beli rumah ada yang dah dapat kerja oversea macam2 lah yang kadang2 wat aku jeles gak ar.

Hope cuti nanti aku boleh wat something yang agak beneficial maybe something yang leh improve myself. Setup website ke. Apa ke kan. Ingat nak try ar kol bos aku dlu mintak kerja apa2. Hidup2. Bila lah aku nak berubah ni.

3 ulasan:

None berkata...

happy birthday... sedarlah bahawa kamu semakin meningkat tua... tak apa.. yg penting jiwa muda... haha!!

Tanpa Nama berkata...

wek wek..
happy birthday babe..!
klo celebrate jgn lupa ajak ak sama..hee
mana taw mak ko nak wat pulut kuning, kb da 22 thn kan..haha

Nurul Farhanna berkata...

alamak sory late wish. happy belated bday!